Rabu, April 29, 2009

Jumpa Lagi Semester Depan..!!!

Kenapa mamat ni menangis? Sebabnye.... Hari ini adalah hari terakhir kita ke udara bersama anda semua! Waaaaaaaa....

Kenapa mamat ni berpeluh? Dan juga, ini menandakan peperiksaan akhir trimester di MMU ni akan bermula tidak lama lagi. Hahahahahaha.....

Buat DJ-DJ senior yang akan meninggalkan kami, mungkin akan bergraduasi atau pergi ke latihan industri, kami ucapkan selamat maju jaya dan berusaha bersungguh-sungguh! Biar berapi-api macam mamat ni! Korang memang dasat la! Chaiyok! Chaiyok! Hahaha....


Akhir sekali! Kami ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada para pendengar dan DJ-DJ Malayslot andainya sepanjang kita bersama sepanjang setahun akademik ini banyak berlaku kesalahan tuturkata, ketidak sopanan dan kekasaran tutur laku. Semoga kita berjumpa lagi di tahun akademik yang hadapan!!!!!!!


" Teruskan mendengar RMMU
Sensasi Siber Anda!!! "

DJ Rockxxxx!!!!!

Ahad, April 26, 2009

Selamat Datang Semua !!!


Assalamualaikum dan Selamat Datang!

Blog Malayslot telah mengalami suatu perubahan yang begitu besar sekali. Di antara penaik-tarafan yang dilakukan ialah :

  • Paparan wajah baru yang menyegarkan dan penuh interaktif supaya anda berasa senang dan mudah sewaktu melayari blog Malayslot.

  • Paparan wajah yang serba ringkas dan tidak terlalu padat supaya para pelayar tidak mudah jemu sewaktu melayari blog Malayslot.

  • Menggunakan Photobucket Slideshow untuk memaparkan aktiviti DJ RMMU yang disertai oleh seluruh warga kerja Malayslot.

  • Menggunakan widget Windows Media Player untuk terus menghubungkan pendengar dengan Radio MMU tanpa perlu mengetik link-link yang lain sebelum disambungkan ke Radio MMU. Justeru anda tidak perlu membuang masa untuk mengetik link itu dan ini lagi!

  • Memaparkan Blog Penyampai Malayslot agar anda tahu perkembangan semasa mereka dan mengetahui dengan lebih lanjut para penyampai Malayslot kami

Terima kasih kerana sudi melayari blog Malayslot dan kami warga kerja Malayslot mengucapkan selamat melayari blog ini! Sebarang pertanyaan , sila berhubung dengan webmaster kami !

Untuk pengetahuan, paparan blog ini adalah terbaik jika anda menggunakan Google Chrome.

Sekian!


NotaKaki
: Perkataan yang telah dicondongkan itu adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris.


Kesulitan Amat Dikesali...




Laman web ini sedang dalam kerja-kerja penaik-tarafan.
Kami ingin memohon maaf atas kesulitan anda sewaktu melayari laman web ini. 
Haraf Maaf!

-Gerombolan Gerup Multimedia Slot Bahasa Melayu RMMU-

Jumaat, April 10, 2009

Rais Yatim rancang wujud segmen 'Bina Negara'

TERKINI : BERITA HARIAN; 10 APRIL 2009 ; 07:31 P.M

PETALING JAYA:
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim merancang memperkukuhkan dasar 'Satu Malaysia' dengan mewujudkan segmen 'membina negara' di dalam setiap program media cetak dan media elektronik.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan semua media tidak hanya tertumpu kepada hiburan bagi menambah sumber pendapatan, tetapi turut mengetengahkan maklumat yang sihat kepada masyarakat.

"Kita tekankan perlumbaan program (televisyen), misalnya tanggungjawab terhadap negara dan bangsa mesti terselit di dalamnya.

"Ini bukan memaksa tetapi memberi satu ramuan baru ke arah Satu Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang di sini, petang ini.

Rais, bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri yang berlepas ke Pattaya, Thailand untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-14 selama tiga hari bermula hari ini.

Ketika ditanya apa yang dimaksudkan dengan membina negara, Rais berkata, perkara itu tidak harus dihuraikan buat masa ini tetapi secara amnya ia adalah sebarang usaha yang boleh memperkukuh negara dan mempopularkan bangsa Malaysia.

"Misalnya hormat terhadap sistem perundangan kita, memperjuangkan hak kaum yang sudah ada dalam perlembagaan dan memberi semangat kepada kerajinan," katanya.



 
Elegant de BlogMundi