Rabu, Disember 17, 2008

Laporan Pilihanraya MalaySlot 2008...

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Suatu pengundian telah dijalankan untuk mencari siapakah di antara calon calon yang tersenarai tersebut layak untuk menggantikan Boss MalaySlot kita yang bakal melepaskan jawatannya pada trimester hadapan. Pengundian ini dinamakan Pilihanraya MalaySlot 2008.

Logo Pilihanraya MalaySlot 2008

Di antara calon-calon yang tersenarai ialah
  1. DJ Qulbi,
  2. DJ Eira,
  3. DJ Razak,
  4. DJ Atul,
  5. DJ Aris,
  6. DJ Skem,
  7. DJ E,
  8. DJ Bob,
  9. DJ Soulz,
  10. DJ Kurma,
  11. DJ Fuad,
  12. DJ Crez,
  13. DJ Qis,
  14. DJ Ultima,
  15. DJ Lomak
  16. DJ Vino
Kaedah yang digunakan ialah dengan menggunakan laman sawang pengundian berkomputer iaitu di laman PollDaddy.com. Setiap individu yang ingin membuang undi hanya diberikan satu peluang sahaja untuk memilih siapakah calon yang dikehendaki mereka. Untuk mengelakkan individu yang sama mengundi berulang kali sekaligus menyebabkan penyelewengan, maka sistem telah ditukar kepada "Block through Cookies and IP" di mana IP dan komputer yang digunakan hanya sah untuk sekali undi sahaja dan individu yang ingin mengundi seterusnya dengan menggunakan komputer yang sama adalah tidak dikira. Sudah semestinya setiap orang pelajar MMU ini mempunyai set komputer yang sendiri dan pasti terdetik di hatinya untuk mengundi buat kali kedua dan tidak mempedulikan arahan pertama bahawa seseorang itu hanya layak untuk mengundi sekali sahaja. Hahaha...

Maka setelah pengundian ditutup pada jam 1 pagi pada tanggal 18 Disember 2008 hari Khamis, keputusan pengundian adalah seperti berikut :

Pecahan Undi : Sila Klik Gambar untuk Pembesaran



Peratusan Undi : Sila Klik Gambar untuk Pembesaran

Maka saya sebagai Pengerusi SPR dengan segala kuasa yang termaktub di bawah saya dengan ini mengisytiharkan bahawa pemenang Pilihanraya MalaySlot untuk tahun 2008 ini dimenangi oleh :


DJ Qulbi ( Capix )

dengan undi sebanyak 29%

Akhir kata,


Kalau dilapek sobosa kuku, kalau dibontang sobosa alam, kok hilang dicaghi, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam, datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang, jauh dihimbau dokek digamit, seuntai salam sojambak kato, dogup bicaro monghisik raso. Maap den pinto.

Sekian daripada saya...
Heil to the new Fuhrer !!!
-Pengerusi SPR 2008-

Isnin, Disember 15, 2008

Marilah Mari... Pergi Mengundi !!!

Undi ini dibuka untuk memilih siapa di antara DJ-DJ di bawah ini yang layak untuk menggantikan tempat Boss kita yang akan melepaskan jawatannya pada trimester depan.
Undi ini terbuka kepada semua! Sila pilih SEORANG saja calon di bawah.
Keikhlasan dan kejujuran anda dalam mengundi amatlah dihargai !

- Pengerusi Pilihanraya Malay Slot 2008 ~ Enche' Moderateur -









Sabtu, Disember 13, 2008

Meeting!! Meeting!!!

Assalamualaikum semua...

Pesanan dari Boss,

Meeting seterusnya akan diadakan pada hari Isnin bersamaan dengan 15 Disember 2008 pada jam 9 malam, berkumpul di Foyer FOE. Bagi sesiapa yang lewat 15 minit dan tidak hadir tanpa sebab munasabah akan didenda. Semua di WAJIB kan hadir, Presiden DJ akan hadir bersama dengan kita pada malam tersebut, jadi barang siapa yang ingin menanyakan apa-apa berkaitan dengan DJ, anda bolehlah berbuat demikian..

Wassalamualaikum...

-Gerombolan Gerup Multimedia Slot Melayu RMMU-

Jumaat, Disember 12, 2008

Counter XY : Siapa Yang Lebih Cermat Memandu?

Assalamualaikum semua! Counter XY pada minggu ini membicarakan topik hangat iaitu :

Siapa Yang Lebih Cermat Memandu ?
Lelaki atau Wanita ?


Kajian menunjukkan sikap positif wanita menjadikan mereka selamat di jalan raya.

SETIAP kali ada pemandu yang mendatangkan masalah di jalan raya atau melakukan kesalahan trafik, pasti ramai yang akan `menjenguk’ untuk melihat siapa pemandunya; lelaki atau wanita?

Sesetengah individu pula, belum lagi melihat si pemandu ‘bermasalah’ itu, sudah membuat andaian keras - `ini mesti pemandu perempuan!’ - seolah-olah, semua pemandu wanita tidak mahir mengendalikan kenderaan hingga sering menimbulkan masalah kepada pengguna lain.

Inilah `double standard’ yang biasanya berlaku dalam dunia pemanduan di jalan raya, tidak jauh bezanya dengan senario yang berlaku dalam aspek lain yang mana isu jantina sering dibangkitkan dalam menilai tahap keupayaan seseorang individu.

Persoalan ini kerap diperdebatkan, namun rumusan yang boleh diterima belum ditemui. Siapa yang lebih mahir atau lebih cuai atau bermasalah bila memandu, lelaki atau wanita?

Kebanyakan pemandu lelaki dengan pantasnya akan mengatakan pemandu wanita lebih banyak mendatangkan masalah di jalan raya. Sebahagian yang lain pula mengatakan kedua-duanya (lelaki dan wanita) kadangkala melakukan kesalahan dan jantina bukanlah persoalan.

Segelintir pemandu wanita pula menyatakan ramai pemandu lelaki yang memandu secara berbahaya tetapi ramai juga yang mengakui pemandu wanita adalah golongan yang sering mendatangkan masalah di jalan raya, bukan saja berpunca daripada kecuaian malah adakalanya disebabkan sikap wanita yang terlalu berhati-hati ketika memandu.

Banyak kajian dilakukan di seluruh dunia untuk menentukan siapa yang lebih cekap atau lebih cuai dalam memandu kenderaan.

Suatu kaji selidik membabitkan 198 penuntut Universiti of Texas dilakukan untuk mengenalpasti sama ada perbezaan jantina mempengaruhi sikap ketika memandu. Hasil kajian mendapati, lelaki mempunyai lebih banyak kerenah dibandingkan dengan wanita membuatkan mereka lebih berisiko tinggi untuk mengalami pelanggaran.

Kaji selidik berkenaan bagaimanapun menunjukkan golongan lelaki lebih selesa memandu di waktu malam, dalam kawasan yang tidak biasa dilalui dan dalam cuaca buruk. Mereka juga menerima pendedahan pemanduan yang lebih banyak berbanding wanita.

Golongan wanita pula dilaporkan lebih mematuhi undang-undang trafik seperti penggunaan isyarat dan had laju berbanding lelaki.

Dari segi keyakinan terhadap kemahiran memandu pula, golongan lelaki lebih yakin dengan pemanduan mereka berbanding wanita. Keyakinan terhadap `kehebatan’ pemanduan ini jugalah yang membuatkan mereka tidak begitu mempedulikan apa-apa risiko yang mungkin berlaku.

Kaji selidik yang dilakukan sebuah syarikat insurans Amerika Syarikat terhadap 2,384 pemandu berlesen mendapati, wanita adalah pemandu yang lebih cermat daripada lelaki sekali gus menjawab persoalan mengapa tuntutan insuran permotoran lelaki 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Data tuntutan syarikat ini juga menunjukkan kemalangan membabitkan pemandu lelaki lebih serius daripada wanita. Kemalangan yang selalu membabitkan lelaki adalah seperti pelanggaran hadapan, kenderaan berpusing serta terbabas selain pelanggaran dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan.

Pemandu wanita pula selalunya berlanggar dengan objek pegun atau berlanggar dengan kereta lain.

Kaji selidik juga menunjukkan pemandu lelaki lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya dengan memecut, memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah serta memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Siapa lebih agresif ketika memandu? Satu kajian menunjukkan - lelaki!

Hal ini mungkin disebabkan hormon testosterone (hormon pada lelaki) sekali gus menerangkan mengapa wanita lebih pasif.

Kurang tekanan pemanduan pada lelaki berbanding wanita juga dikatakan punca lelaki memandu secara lebih agresif.

Kebanyakan responden wanita dalam kajian ini menyatakan mereka selalu berasa kasihan kepada pemandu lain serta mengalami ketakutan ketika memandu sehingga mempengaruhi mereka untuk lebih berwaspada.

Wanita mempunyai pandangan positif mengenai keselamatan jalan raya lebih daripada pemandu lelaki. Ramai wanita juga lebih berwaspada dengan kehadiran kamera kelajuan.

Laporan kajian yang dilakukan Dr Claire Corbett dari Universiti Brunel menunjukkan pemandu lelaki dan wanita memberi tindak balas berbeza terhadap kamera kelajuan. Wanita mempunyai pandangan yang baik mengenai kamera ini dan mematuhinya.

Rumusan kajian Corbett mendapati, wanita lebih memikirkan soal keselamatan di jalan raya berbanding lelaki.

Oleh itu, siapa kata pemandu wanita lebih cuai?

Masalah tidak timbul jika cekap

“JANTINA bukan persoalannya,”Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya cenderung melakukan kesalahan di jalan raya,

Sesiapa saja boleh cuai dan melakukan kesalahan jalan raya, seperti memotong secara melulu dan melanggar had laju, atas banyak sebab.

“Kadangkala, disebabkan urusan penting, seseorang itu terpaksa melanggar beberapa peraturan jalan raya kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

“Saya akui, kadangkala saya juga bertindak demikian tapi yang pasti ia bukanlah disengajakan,” kesalahan yang biasanya dilakukan pemandu lelaki di jalan raya adalah memandu laju, memotong barisan dan tidak berhenti di lampu merah.

Begitu juga dalam soal kecekapan memandu, Ada pemandu wanita yang lebih hebat daripada pemandu lelaki. Pemandu wanita yang selalu dilihat ‘bermasalah’ di jalan raya.

“Saya selalu berdepan dengan pemandu yang memandu perlahan di lorong laju dan bila saya perhatikan siapa pemandunya, selalunya orang itu adalah wanita.

“Namun saya tidaklah mengatakan semua pemandu wanita itu memberi masalah. Ada yang memandu dengan baik dan ada yang tidak. Ibu saya sendiri adalah pemandu yang baik.

“Pada saya, dalam hal ini, soal kecekapan yang harus dinilai. Bila seseorang itu cekap dalam pemanduan, tidak banyak masalah akan timbul,” kebanyakan pemandu lelaki kurang bertimbang-rasa di jalan raya.

Pemandu lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Kalau bercakap soal siapa yang lebih banyak melakukan kesalahan, bagi saya sama saja kedua-duanya. Tidak wajar sekiranya soal jantina yang diambil kira untuk menentukannya.

“Mungkin kerana wanita sering dianggap kaum yang lemah, secara automatik mereka juga dianggap tidak mampu memandu dengan baik. Itu sudah dikira double standard dan tidak adil,”

Kenderaan yang terlalu banyak hingga mengakibatkan kesesakan juga, menyumbang kepada masalah pemanduan yang kurang berhemah pada pemandu .Disebabkan itu, wujud ramai pemandu yang tidak bertimbang rasa, pentingkan diri sendiri dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Ada tiga sikap pemandu yang tidak disukai.

“Selain pemandu yang tidak berhemah, saya tidak suka pemandu yang gemar membuang sampah di jalan raya, suka menghimpit atau memandu pada jarak dekat dengan kenderaan lain secara sengaja dan pemandu yang memandu perlahan di lorong yang sepatutnya memandu laju,”

Dipetik dari laman sawang : Ukhwah.com

( Jadi apa pendapat anda? Siapa yang lebih cermat memandu? Ayuh berikan komentar anda di ruangan komentar di bawah ini... ;D )

Wassalamualaikum...

-Gerombolan Gerup Multimedia Slot Melayu RMMU-

Santai Minda : Pecinta Rahasia...

Assalamualaikum semua! Santai Minda pada kali ini membincangkan topik baru iaitu :

Secret Admire / Pecinta Rahasia.

Di bawah ini ada beberapa petua untuk mereka yang mempunyai pecinta rahasia dan juga yang ingin belajar belajar bagaimana menjadi pecinta rahasia... Jadi ape lagi ? Layannnn...

Jangan terlalu ghairah
Ini adalah pertama kali kamu mempunyai ‘secret admire’. Walaupun kamu begitu gembira kerana ada insan yg meminati kamu namun jangan terlalu ghairah. Kawal perasaan dan emosi kamu kerana mungkin ‘secret admire’ kamu tidak sehebat yg kamu sangka. Kalau tidak masakan dia menyembunyikan dirinya.


Jangan fikirkannya
Anggap sahaja situasi ini sering berlaku pada semua orang. Janganlah kamu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu tugas2 harian macam orang gila bayang. Selagi dia tidak munculkan diri anggap sahaja tidak akan ada apa pun yg berlaku.


Biarlah rahsia
Biarpun kamu terlalu mahu tahu siapa ‘secret admire’ kamu tetapi janganlah sehingga menghebahkannya ke seluruh dunia. Paling penting elakkan daripada membangga2kan diri sehinggakan ramai yg meluat melihat tingkah laku kamu itu. Berhati2lah kerana ini juga mungkin akan memalukan kamu andainya ianya hanyalah satu permainan untuk mengenakan kamu.


Siasat dalam diam
Andainya kamu mengesyaki sesiapa siasat dahulu. Tetapi jangan terlalu menunjukkan kamu menyiasat. Lakukan dengan bijak dan teratur. Contohnya, kamu mungkin boleh mengenalpasti seseorang itu dari tulisannya ataupun kamu ikuti perkembangan ‘secret admire’ kamu itu. Jangan sampai tersalah orang malu akibatnya nanti…


Dapatkan pandangan teman
Kamu mungkin boleh berkongsi dengan teman rapat kamu bagi mendapatkan pandangannya. Mungkin dia boleh memberi idea apa yg seharusnya kamu lakukan. Mungkin juga dia boleh mengagak siapa ‘secret admire’ kamu. Walau bagaimanapun pastikan orang yg kamu ceritakan adalah orang yg boleh dipercayai kerana ada orang tidak suka dengan hal remeh-temeh seperti ini.


Jangan terpedaya
Jangan cepat terpedaya dengan sikap ramahnya di dalam telefon. Mereka ini ada kalanya ‘over’ dan di luar batas pemikiran. Kamu boleh menjadi pendengar yg setia tetapi bukan untuk mempercayai bulat2 apa yg dikatakannya.


Kata-Kata isi surat / sms
Isi surat yg berjela2 biasanya lebih kepada rekaan. Ayat yg tersusun dalam sms pula mungkin juga sudah dirancang. Beli jiwa kata orang. Oleh itu, berhati2 terhadap mereka yg bersikap hipokrit.

Elak mengatakan “betul ke dia suka padaku”
Selagi kamu tidak berjumpa dengan ‘secret admire’ kamu itu anggap sahajalah dia tidak pernah sukakan kamu. Apa yg dilakukannya hanyalah untuk mengisi masa lapang sahaja. Pastikan tidak terkeluar dari mulut kamu kata2 yg menggambarkan kamu perasan yg dia begitu suka pada kamu.


Simpan rahsia
Biar bagaimana baik sekalipun dia dengan kamu dan dia begitu mengambil berat tentang kamu jangan terlalu mudah untuk berkongsi rahsia dengannya. Tambahan lagi memberitahunya latar belakang keluarga ataupun kisah silammu. Kamu masih belum benar2 mengenalinya. Belum tentu dia benar2 ikhlas untuk membantu dan berkongsi rahsia dengan kamu. Jangan terlalu positif sehinggakan kamu terlalu berani memberitahunya segala2 tentang kamu. Ingatlah selagi kamu masih belum mengenalinya dan bertentang mata dengannya, hubungan kamu dan dia hanya sekadar kawan. Tidak lebih dari itu dan dia hanya layak untuk berkawan denganmu bukan mengetahui segala perihal kamu.

( Hahaha.... Apa lagi? Bersediakan anda untuk menjadi Barbara Novak ataupun Catcher Block? Hahaha... Jumpa lagi! )

Wassalamualaikum...

-Gerombolan Gerup Multimedia Slot Melayu RMMU-

Rabu, Disember 03, 2008

Jadual Ke Udara !!!

Setiap Hari Rabu ...


Masa
DJ Ke Udara
Program
3.00pm – 5.00pmCool_B + DeanSantai
Dengarkan dari DJ Cool B dan DJ Dean dalam slot Santai Minda pada setiap hari Rabu dari jam 3 petang hingga 5 petang untuk segmen-segmen yang menarik, berinfomasi dan menghiburkan.

Juga terdapat segmen-segmen baru yang menarik seperti berita-berita mutakhir, info solat, info cuaca, serta info aktiviti-aktiviti yang sedang berlangsung di sekitar kejiranan anda.
5.00pm – 6.00pmSkem + VinoCarta 10 @ RMMU
Ingin mengetahui kedudukan lagu-lagu yang sedang hangat bermain di radio? Ya, anda boleh berbuat demikian dengan mendengar slot Carta10@RMMU, setiap hari Rabu jam 5.00-6.00 petang.
6.00pm – 7.00pmUltima + Bobby
AnimeTech
Di sini kami Dj Ultima dan Dj Bob akan menemani anda bersama-sama menyelusuri dunia animasi dan teknologi-teknologi canggih pada masa kini!

Nak tahu cerita animasi-animasi baru yang gempak? Dengarlah bersama-sama kami kerana kami ada pilihannya. Jadi jangan lupa bersama-sama kami di slot
AnimeTech setiap Rabu jam 6 petang hingga 7 malam hanya di RMMU!
7.00pm – 9.00pmE + Crez + AY + Kurma
Counter XY
Di Counter XY, kami menyediakan ruang kepada para pendengar untuk mengutarakan pendapat ataupun pengetahuan anda untuk dikongsi dan juga berdebat bersama kami di studio.

Counter XY adalah program di mana kami, DJ-DJ di studio akan berdebat di antara lelaki dan wanita mengenai pelbagai topik yang hebat dan menarik untuk dikongsi bersama para pendengar.

Jadi jangan lupa dengarkan counter XY bermula 7-9malam bersama Dj E, Dj Kurma, Dj Crez, dan Dj Ay.
9.00pm – 11.00pmQizz + ArisRequest @ MMU
Request@MMU merupakan salah satu segmen di dalam slot melayu dimana, disini anda boleh membuat permintaan lagu,ucapan, ataupun apa-apa saja yang anda rasakan relevan hanya melalui emel kami di request.at.mmu@gmail.com ataupun ym kami di radiommu.

Request@MMU akan ke udara setiap hari rabu jam 9.00 hingga 11.00 malam dan anda akan di hiburkan oleh DJ Qis dan DJ Aris

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan hantarkan permintaan lagu anda sekarang!!!
11.00pm – 12.00amBell + Lempeng + Eira
SentapZZZ
Ingin tahu info2 gosip-gosip terbaru dari dalam Negara dan luar Negara??dengarkan kami, DJ Bell, DJ Lempeng,dan DJ Eira di slot sentapzz .. kerana kami menyediakan info2 terkini mengenai gosip dan cerita2 artis dan selebriti tanah air dan juga luar Negara.

Jangan lupa dengarkan kami setiap hari rabu jam 11.00 hingga 12 tengah malam.Jangan tidur lagi yer~
12.00am – 1.00amRazak + Fuad
Fitrah La Beb!!
Slot fitrah merupakan salah sebuah slot didalam radio MMU yang berlandaskan agama sebagai topik asas perbincanganya dan keudara setiap hari rabu jam 12 tgh malam sehingga 1 pagi.

Merangkumi berbagai ruang perbincangan yang luas seprti sukan,sosial,hiburan dan lain-lain,slot yang dipengaruhi oleh DJ Fuad dan Razak ini juga menggunakan pendekatan “sempoi” yang mampu membuat pendengar khayal dalam satu-satu topik yang diperbincangkan.Dengan tema “Fitrah La’Beb” slot ini pasti tidak akan mendukacitakan anda!

Jumaat, November 21, 2008

Pembuka Juadah Bicara..

Ditempah secara rasmi oleh Slot Melayu RMMU.. hahahaha!

-Gerombolan Gerup Multimedia Slot Melayu RMMU-
 
Elegant de BlogMundi