Ahad, Mac 29, 2009

Earth Hour 2009... Kami Berkejaran!

Salam Sejahtera!

Tahniah kepada setiap insan yang menjayakan Earth Hour 2009. Di MalaySlot RMMU, setiap orang ahli kami turut menutup lampu rumah kami dan menghayati apakah erti sebenar di sebalik pengwujudan Earth Hour ini. Earth Hour yang dimulakan di Sydney, Australia pada tahun 2007 telah berkembang ke seluruh dunia sekarang! Tutup lampu selama sejam dan rasai apakah kelainan sewaktu dalam tempoh tersebut. Bukan sahaja bermanfaat untuk bumi bagi membantu mengurangkan pemanasan global akibat daripada penggunaan elektrik yang berlebihan untuk menyalakan mentol lampu tetapi ia juga membuatkan kita sama sama berganding bahu, bersatu hati dan juga bersama sama merasai apakah yang orang orang yang terdahulu sebelum kewujudan mentol lampu itu rasakan. Dan kami di MalaySlot RMMU amat berbangga kerana kami turut terlibat dalam kempen Earth Hour 2009 ini dengan mempromosikan tentang kempen ini di ruangan siar udara radio RMMU dan 'memaksa' anda untuk turut serta bersama sama kami dalam kempen ini.

Saya antara peserta yang turut menjayakannya bersama sama DJ Aris , kami berkejar ke Putrajaya dahulu untuk melihat suasana Putrajaya yang sememangnya terkenal dengan kemewahan lampu limpahnya yang saya anggap sebagai Bandar Begemerlapan di waktu malam. Di kala waktu tersebut, Putrajaya teramat gelap sekali, seperti berasa di dalam hutan. Sejuk sekali kala waktu itu kerana kami berada di PICC yang menghadap ke Putrajaya Boulevard dan kemudian kami menyusuri Putrajaya Boulevard itu sebelum menyaksikan pemandangan Kuala Lumpur semasa Earth Hour sedang berlangsung dari Equine Park. Apa yang kami rasakan ialah, sejuknya alam ini semasa dalam tempoh tersebut.

Di bawah kami siarkan suasana Earth Hour 2009 di KLCC, Sunway Pyramid dan Cap Square :







Justeru, terima kasih semua kerana telah menjayakan Earth Hour 2009 ! Anda adalah penyelamat bumi! Anda adalah pecinta alam sekitar dan anda telah berjaya menyelamatkan sesuatu untuk dinikmati oleh anak cucu kita di masa hadapan !!!

DJ Dean

Selasa, Mac 17, 2009

Kempen Tutup Lampooo di Malayslot RMMU ...

KLIK GAMBAR UNTUK SOKONGAN KEPADA EARTH HOUR 2009

Bumi sekarang dah panas gile! Itu sebab hari hari hujan turun! Sebab bila panas, kena buat apa? MANDI! Hehe..

MalaySlot RMMU menyokong usaha WWF untuk menganjurkan Earth Hour 2009 pada

28 Mac 2009

Justeru marilah kita sama sama menutup lampu beramai ramai dan juga segala peralatan elektronik anda di rumah kecuali peti sejuk dan menikmati ketenangan malam selama sejam mulai jam

8.30 malam
hingga 9.30 malam.

Ayuh! Tutup lampoo anda di rumah itu, kurangkan kepanasan bumi hanya untuk sejam!
Nikmati keindahan lagu 4'33'' yang dicipta oleh John Cage !!!
Mainkannya berulang kali !!!

Sign up for Earth Hour





Enche Moderateur...

Promo : DJ Awards 2009 !!!



Promosi! Promosi! Tora datang lagi...eh.. bukan bukan bukan... DJ Awards 2009 datang lagi! Tarikh DJ Awards 2009 adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster di atas. Skema pemarkahan juga tersedia di atas. Untuk keterangan lanjut lawatilah blog DJ Awards 2009 di :

 
Elegant de BlogMundi